Debat: Bung Mokhtar Sifatkan Syed Saddiq Sebagai Amat Jijik

KUALA LUMPUR – Perang mulut antara Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berterusan.

 

Hari ini, Bung Moktar berkata, beliau sedia berdebat dengan Syed Saddiq tetapi dengan syarat anak muda itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menang.

 

“Saya tunggu dia menang bertanding dalam PRU akan datang dan di Dewan Rakyat saya akan berdebat dengan dia nanti.. itu pun kalau dia berani bertanding dan menang bertanding,” katanya memetik laporan FMT.

 

Semalam, Syed Saddiq mencabar Bung Moktar berdebat atau berdialog dengannya dan mencadangkan tajuk debat tersebut berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Jelas Bung Moktar, sebelum berdebat dengannya, Syed Saddiq patut mencabar berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

 

“Kalau benar Syed Saddiq nak berdebat (isu 1MDB) pergi lah berdebat dengan CEO 1MDB Arul Kanda, soal dana RM2.6 bilion WSJ sudah putuskan bahawa wang tersebut datangnya dari negara Arab.

 

“Saya melihat Syed Saddiq amat jijik mengkritik Najib secara berterusan tanpa memikirkan implikasi masa depan negara. Mungkin dia hebat berdebat tetapi tidak semuanya dia mesti hebat.

 

“Sebab itu saya menyatakan sekiranya dia amat berminat dengan kepimpinan pro pembangkang carilah kawasan pilihanraya dan bertanding PRU, jangan bersikap seperti ‘ayam betina telur sebiji riuh sekampung’,” tambah Bung Moktar sambil mengingatkan Syed Sadiqq yang beliau telah menjadi Ahli Parlimen selama 16 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.