Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari

SHAH ALAM – Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini memerintahkan bekas isteri selebriti Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 36, dipenjara selama tiga hari berkuat kuasa hari ini berikutan mengingkari perintah berhubung hal lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.

 

Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, daripada tujuh hari ke tiga hari.

 

Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar, menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan) berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.

 

Nursuhaila Eliani akan menjalani hukuman berkenaan di Penjara Wanita Kajang. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.