Video: RTM Bakal Sediakan 80 Siaran Percuma Untuk Rakyat

Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyediakan 80 siaran televisyen secara percuma kepada masyarakat di negara ini bagi memenuhi kehendak yang pelbagai.

 

Menurut Ketua Pegawai Komersial MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., Haniza Ros Nasaruddin, syarikat berteknologi tinggi di bawah firma telekomunikasi Kumpulan Altel Holdings itu bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan siaran dan naik taraf prasarana sistem pemancar penyiaran teresterial digital bersama-sama dengan RTM.

 

 

“Setiap isi rumah akan menikmati (siaran televisyen)… yang tak perlu bayar tapi mempunyai banyak pilihan dan bertepatan dengan kehendak rakyat Malaysia yang pelbagai, inilah salah satu usaha kerajaan berdepan dengan kehendak globalisasi.

 

“Ia secara berperingkat-peringat.. ia mengikut kombinasi HD… lebih kurang 30 channel untuk fasa pertama yang akan diasiapkan dahulu.

 

“Berdasarkan kombinasi yang sama ia bermula dengan 30, kemudian 60 dan akhirnya 80 channel” katanya di dalam program bual bicara ‘Selamat Pagi Malaysia’ siaran TV1 pagi tadi.

 

Menurut Haniza lagi, MyTV dengan kerjasama RTM akan turut memberikan 2 juta unit dekoder secara percuma kepada penggun.

 

“MyTV Broadcasting Sdn Bhd akan mneyediakan inisiatif industri sebanyak 2 juta unit dekoder dan masih dalam rangka kerja bagi menilai mereka yang layak sebagai penerima.

 

“Kami turut berharap akan lebih rami korporat akan turut serta untuk sama-sama memberi inisatif seperti ini kerana ia adalah untuk rakyat, manakala mereka yang tak layak boleh membeli. Sekali ja tapi bulan-bulan tak payah bayar” katanya lagi.

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, RTM sedang mendapatkan bahan bagi  mengisi kandungan rancangan televisyen digital terbitann ya selain mempromosi tempat pelancongan menarik di negara ini.

 

Menurutnya, setakat ini, kementerian terbabit sedang menyiapkan pemasangan hampir 1,000 sistem pemancar baharu di seluruh negara bagi menggantikan sistem analog yang digunakan ketika ini kepada sistem digital sepenuhnya selewat-lewatnya menjelang tahun 2018.

 

“Kita perlukan kreativiti anak-anak muda dengan idea-idea baharu bagi menghasilkan rancangan televisyen seperti berbentuk tra velog, dokumentari ataupun hiburan dalam sistem digital itu nanti. Akhir tahun depan kita akan lancar sistem analog kepada digital.

 

“Ketika itu RTM akan mewujudkan lebih 30 saluran digital. Sebab itu kita perlukan idea dan kreativiti daripada anak-anak muda. Menje lang tahun 2017 atau 2018, RTM akan menyiarkan sepenuhnya rancangan televisyen di lebih 30 saluran itu melalui sistem digital,” katanya sebelum ini. – SuaraTV

 

Berikut adalah temubual penuh rancangan bual bicara tersebut:

 

 

2 thoughts on “Video: RTM Bakal Sediakan 80 Siaran Percuma Untuk Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.