Video: Remaja Hina Lee Kuan yew, Di Dakwa Di Mahkamah

Singapura – Seorang remaja yang ditangkap kerana didakwa membuat rakaman video mengutuk mendiang Lee Kuan Yew dihadapkan ke mahkamah di sini semalam.

 

Amos Yee, 16, cuma tersenyum dan kelihatan sedikit gelisah ketika pertuduhan itu dibacakan kepadanya di sebuah mahkamah daerah dan dibebaskan dengan ikat jamin S$20,000 (RM53,834).

 

 

Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan paparan lucu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.

 

Dia hanya mengenakan baju-T gelap dan seluar kuning serta selipar getah ketika berdepan tiga pertuduhan berasingan termasuk ‘sengaja dengan niat mengguris perasaan kaum dan keagamaan mana-mana individu’.

 

 

Remaja itu turut dituduh menyebarkan bahan lucah melalui blognya iaitu lakaran kartun grafik Kuan Yew bersama bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher di samping komen mengancam, kesat dan menghina di bawah peruntukan undang-undang baharu, Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

 

Dalam sebuah video lapan minit bertajuk Lee Kuan Yew is finally dead (Lee Kuan Yew akhirnya sudah mati), Yee menyampaikan kutukan pedas ke atas ahli politik itu ketika pengebumian negara berlangsung sebelum mayatnya dibakar pada Ahad lalu.

 

Dia turut menyamakan Kuan Yew dengan Jesusdan mula mengecam agama Kristian sedangkan mendiang tidak pernah mengaku menganut mana-mana agama.

 

Yee juga mengutuk Kuan Yew sebagai seseorang yang sangat teruk dan mencabar anak mendiang iaitu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong agar menyamannya.

 

Kes tersebut akan didengar pada 17 April ini.

 

Hakim turut mengarahkan remaja itu berhenti membuat sebarang komen di media sosial sepanjang kes itu berjalan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.