Video: Aksi PM, Rosmah Dan Altantuya Menari Dikecam

Kuala Lumpur – Sebuah video tarian yang disunting menggunakan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

 

Video berdurasi 40 saat itu memperlihatkan Najib, Rosmah dan Altantuya menari mengikut rentak lagu rancak dalam bahasa Tamil.

 

 

Berdasarkan pemerhatian video itu mula dimuat naik oleh pengguna facebook, Kalai Vanan pada 4 Mac lalu tetapi mula dikongsi ramai sejak malam semalam.

 

Dalam video itu, Najib dilihat memakai kot berwarna hitam dan bersongkok manakala Rosmah dan Altantuya, masing-masing memakai pakaian sendat berwarna hitam serta putih.

 

Menerusi video itu, mereka dilihat menari bersama wang yang banyak dan juga kereta mewah berwarna perak.

 

Rata-rata pengguna mengecam video itu kerana menjatuhkan air muka pemimpin negara dan disifatkan sebagai tidak bertamadun. – The Rakyat Post

2 thoughts on “Video: Aksi PM, Rosmah Dan Altantuya Menari Dikecam

  • April 2, 2015 at 12:39 pm
    Permalink

    Mereka yang mempamerkan tarian ini adalah syetan yang bertopengkan manusia, terlalu kurang hajar dan binatang . Saya harap mereka ditimpa bencana dari Allah. Saya harap PDRM cari sampai kelubang cacing, walaupun saya tidaklah taksub kepada PM tapi saya tidak setuju ada rakyat Malaysia yang terlalu kurang hajar, Kalau tak setuju sesuatu perkara luahkan secara baik melalui saluran tertentu, lagi sekali saya panggil penyebar tarian ini adalah syaitan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.