Ustaz Kazim Menyanyi, Rakam Album

Penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias yang sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi menyertai sebarang program ceramah yang bersiaran di televisyen kini dalam proses menghasilkan album nasyid.

 

Menurutnya, album itu berkonsepkan kekeluargaan dan ketuhanan. Beliau akan memberikan nafas baharu kepada beberapa lagu lama yang pernah dinyanyikan beberapa kumpulan nasyid, antaranya Orkes El-Suraya.

 

“Album ini mendapat sentuhan daripada kumpulan nasyid, In-team. Berkemungkinan besar bulan depan saya akan masuk studio untuk rakaman dan album ini akan berada di bawah label Inteam Record,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

 

Ustaz Kazim berkata, kehidupannya kini lebih tenang selepas tidak lagi terlibat dengan program dan ceramah di stesen televisyen.

 

Fokus utama beliau ketika ini adalah kepada Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam beribu pejabat di Manjoi, yang beliau menjadi pengasas dan ketua, dan ceramah di luar televisyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.