Tentera Iraq Bebaskan Tikrit Daripada Cengkaman IS

TIKRIT – Kerajaan Iraq mendakwa agensi keselamatan negara itu yang mendapat sokongan daripada tentera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berjaya membebaskan bandar Tikrit daripada cengkaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

 

Operasi menawan bandar kelahiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein itu dimulakan sejak 2 Mac sebelum kerajaan Iraq mendakwa telah mencapai kejayaan besar pada Selasa.

 

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi menerusi twitternya mengumumkan bahawa Tikrit telah dibebaskan selain mengucap tahniah kepada anggota keselamatan dan sukarelawan.

 

Haider turut memuji anggota keselamatan yang terdiri daripada separa tentera kerana berjaya membantu membebaskan cengkaman terhadap bandar pengikut Sunnah itu.

 

Sementara itu, tentera perikatan yang diketuai AS memberitahu, walaupun kerajaan mengumumkan pembebasan, namun sebahagian bandar berkenaan masih ditawan kumpulan militan.

 

Kenyataan itu hadir beberapa minit selepas Haider mengeluarkan status terbaru di Twitternya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.