Rafizi Mahu Minta Tolong Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata mahu mendapatkan bantuan Dr Mahathir Mohamed dan Tan Sri Muhyddin Yassin untuk mendesak pemulangan pinjaman yang diberikan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

 

Rafizi berkata beliau akan menulis surat kepada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu meminta mereka bersuara untuk “menyelamatkan” dana pencen penjawat awam.

 

KWAP memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International pada 2011, yang ketika itu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

SRC kemudian diserap sebagai milik penuh Kementerian Kewangan.

 

Rafizi berkata, berbeza dengan pinjaman yang kebanyakannya daripada bon, pinjaman daripada KWAP sebaliknya daripada tabung pencen.

 

Perkara itu, tambah Rafizi, akan menjejaskan secara langsung kemampuan kerajaan untuk membayar pencen.

 

Idea penubuhan 1MDB, syarikat pelaburan negara, dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.