Penderaan Seksual : Bekas Pengurus Tegar Ditangkap

Bekas pengurus penyanyi remaja Tegar Septian iaitu Arif Dollah dilaporkan telah ditangkap polis atas dakwaan melakukan penderaan seksual.

 

Menurut Berita Harian Singapura, jurucakap polis mengesahkan dua laporan dibuat dan seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap.

 

Selain itu turut dilaporkan, siasatan sedang dijalankan kira-kira jam tiga petang Isnin.

 

Arif, 30, didakwa penyanyi berasal dari Indonesia, Tegar, secara seksual.

 

Terdahulu, Tegar telah membuat aduan mengenai penderaan seksual yang dilakukan Arif kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).

 

Selain Tegar, penyanyi dari Singapura Sufie Rashid turut membuat laporan polis kerana mendakwa turut didera secara seksual oleh Arif sekitar 12 tahun lalu.

 

Sufie dalam sidang medianya di Malaysia sebelum ini memberitahu, Arif melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap dirinya ketika dia berusia 13 tahun. Dia juga memaklumkan telah membuat laporan polis pada 25 Februari lalu dan siasatan sedang dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.