PasMa Pertimbang Jadi Parti Politik

SUNGAI PETANI – Pasma sedia mempertimbangkan untuk mengubah statusnya kepada sebuah parti politik. Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ia berikutan kemelut dalam PR semakin kritikal.

 

“Kita menerima banyak desakan hebat untuk Pasma terlibat dalam politik.

 

“Kita akan kaji dahulu dari segi penerimaan rakyat sekiranya Pasma merupakan antara parti komponen dalam PR baharu,” katanya kepada media selepas menghadiri Konvensyen Pasma Kedah di sebuah hotel, di sini, semalam.

 

Menurutnya kajian berhubung perkara itu mengambil masa selama dua bulan.

 

“Keputusan sama ada Pasma akan menjadi parti politik atau tidak akan ditentukan pada Konvensyen Pasma Nasional bulan Jun nanti,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.