Nga Kor Ming Hina Ulama – Pas Selangor

Pemuda PAS Selangor mempersoal niat MP Taiping Nga Kor Ming menayangkan poster mursyidul am PAS, Datuk Haron Din bersama menteri Umno di laman Facebook.

 

Ketua pergerakan itu, Syarhan Humaizi Halim berkata poster itu dimuatkan sejak petang Sabtu lalu dengan nada yang didakwa menghina ulama PAS itu.

 

“Pada kami tindakan Nga Kor Ming ini mempunyai niat yang tidak baik,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Gombak.

 

Poster yang tersebar menunjukkan Haron sedang berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jami Khir Baharom dan Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

 

Gambar itu dimuatkan dengan tulisan: “PAS Haron Din tekun berbincang dengan Menteri Umno. Ahli-ahli PAS perlu buat pilihan bijak”.

 

Syarhan turut juga menyifatkan DAP bertindakan dengan tidak demokratik sehingga memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi.

 

“Tindakan DAP tidak demokratik dan menghina pilihan yang diambil oleh ahli-ahli PAS yang memilih Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.