Hotline Kastam Terima Hampir 3,000 Panggilan Pada Hari Pertama GST

Putrajaya – Jabatan Kastam hari ini dihujani dengan hampir 3,000 panggilan di hotline GST pada hari pertama cukai baru itu berkuat kuasa.

 

Pengarah GST Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, panggilan itu adalah dari peniaga dan juga orang awam, dengan ada panggilan makan masa hingga 30 minit.

 

“Pusat panggilan kami amat sibuk. Bukan sahaja di pusat panggilan utama di Kelana Jaya tetapi juga di ibu pejabat kami serta di negeri-negeri,” katanya kepada wartawan dalam sidang akhbar bersama dengan Ketua Setiausaha Kementerian Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad di Kementerian Kewangan di sini.

 

“Kami menerima hampir 3,000 panggilan sehingga jam 3 petang tadi. Bukan semua panggilan itu dapat dilayan,” tambah beliau.

 

Subromaniam menjelaskan, ada talian yang tersumbat kerana beberapa pemanggil bertanya terlalu banyak soalan.

 

“Masalahnya apabila panggilan diterima, pemanggil tidak berhenti, kadang-kadang sehinga 30 minit, walaupun talian sibuk dan mereka mempunyai lebih daripada satu soalan. Itu satu daripada sebabnya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.