Jenazah Empat Sekeluarga Disemadikan Satu Liang Lahat

MUAR – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Bandar Muadzam Shah awal pagi semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Parit Beting, Jalan Salleh di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

 

Jenazah keluarga terbabit dibawa pulang ke kediaman ibu bapa isteri mangsa di Parit Beting di sini, dengan dua van jenazah sebaik saja selesai proses bedah siasat dijalankan di Hospital Muadzam Shah untuk disembahyangkan, sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan.

 

Dalam kejadian itu kira-kira jam 5.30 pagi, kereta Proton Waja yang mereka naiki dalam perjalanan dari Segamat ke Kuantan, dipercayai hilang kawalan, sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori di laluan terbabit.

 

Kemalangan itu menyebabkan semua mangsa yang dikenali sebagai Rohaizan Paimon, 38, isterinya, Sallyza Hakim Lokma Nulhakim, 32, dan dua anak mereka, Nur Allysha Adrieanna Hakim Rohaizan, 6, dan Muhammad Nur Orfan Danish Hakim Rohaizan, 4, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.