Anak Perempuan Biarkan Ibu Kebuluran

KAJANG – Seorang wanita warga emas bukan saja dibiarkan berseorangan di rumah tanpa makanan setiap kali anaknya keluar bekerja, malah turut dipukul apabila dia mengutip botol kosong untuk dijual bagi membeli makanan.

 

Anak perempuannya yang berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan berbuat demikian kerana tindakan si ibu dianggap memalukannya.

 

Mangsa yang berusia 60-an tinggal dengan anak ketiganya itu di Kampung Bestari Hulu Langat di sini, sejak tiga bulan lalu.

 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, nasib malang warga emas itu yang sering dilihat merayau di sekeliling kampung mencari botol plastik untuk dijual mendapat perhatian penduduk.

 

“Apabila ditanya penduduk kampung, wanita itu memberitahu dia terpaksa mencari botol plastik dan barang lusuh sebelum menjualnya bagi mendapat wang untuk membeli makanan disebabkan terlalu lapar. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.