Kerajaan diminta beri kuota 70 peratus ladang solar – Muhamad Guntor

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Penaung Persatuan Industri Tenaga Boleh Baharu dan Alam Sekitar, Datuk Dr Muhamad Guntor Mansor Tobeng mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan 70 peratus pembukaan ladang solar berkapasiti 1400 megawatt.

Menurutnya, inisiatif itu akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih 40 ribu pekerja tempatan.

Beliau berkata, kerajaan pada ketika ini telah mengeluarkan lesen ladang solar untuk 2400 megawatt.

Tambahnya lagi , 1 megawatt panel solar boleh dibina di atas 3 ekar ladang yang memerlukan 30 pekerja.

“Jadi pada hari ini selepas berbincang tadi bagi pihak persatuan kita mendesak menyediakan kuota 70 peratus ladang solar ini diberi kepada syarikat bumi supaya boleh hidup kembang maju dan boleh JV dgn TNB, sama2 mengembangkan ekonomi,”

Dalam pada itu beliau turut berharap agar intitusi kewangan bersedia memberikan bantuan pembiayaan kepada syarikat perkhidmatan tenaga boleh diperbaharui milik bumiputera.

Beliau ditemui media selepas menganggotai Diskusi MADANI 3: Mencipta Peluang Bumiputera dalam Peralihan Tenaga di Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya hari ini. .

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menjadi moderator diskusi berkenaan yang turut disertai 4 panel lain.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat