UEC Tidak Akan Diiktiraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak merancang untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) sama seperti kerajaan terdahulu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, tindakan tersebut dibuat berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Kementerian Pendidikan tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],” katanya dalam jawapan bertulis pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) yang meminta kementerian menjelaskan pendirian berhubung pengiktirafan sijil UEC.

Ini kerana sebelum ini, terdapat cubaan daripada Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan sewaktu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktiraf UEC.

Sebelum ini, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional selepas sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Kerajaan PH sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat