Tumpu Bahas Isu Kawasan Bukan Retorik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua ahli Parlimen diingatkan supaya menumpukan perbahasan lebih kepada isu kawasan masing-masing dan tidak retorik.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata demikian sebelum memulakan soalan Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama pagi ini.

“Masa diberi untuk kita berbahas, cuba tumpukan kepada kawasan kerana kalau kita lihat, retorik tidak melambangkan aspirasi ahli Parlimen yang hadir,” katanya.

Ramli pada masa yang sama turut mengingatkan kepada ahli Dewan Rakyat baharu tentang pentingnya cokmar sebagai keabsahan kepada setiap apa yang dibahaskan.

“Mereka yang baharu di dalam Dewan yang mulia ini, kehadiran cokmar sebagaimana yang dianugerahkan Seri Paduka, ia melambangkan sembilan Raja-Raja Melayu, tanpa cokmar, apa yang kita laksanakan tidak ada keabsahan,” tegas beliau.

Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan soalan pertama dari Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau yang meminta kerajaan menyatakan apakah jenis dan nilai bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir dan kebakaran di tempat kediaman pada masa sekarang ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat