Menteri ‘Sedekah’ Bubur Lambuk Menjelang Hari Pengundian PRK Semenyih

BERSEDEKAH itu amalan mulia apatah lagi pada hari Jumaat bagi mensucikan hati dan mengumpul pahala yang berlipat ganda.

Namun, ada juga ‘sedekah’ yang diragui matlamat dan tujuannya, lebih-lebih lagi dilakukan oleh parti politik pada hari terakhir berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Terdapat parti politik ini yang sangat kebal daripada undang-undang,telah mengedarkan bubur lambuk di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih selepas solat Jumaat hari ini.

Paling menarik, setiap pek bubur lambuk mereka, tertera pelekat Pakatan Harapan (PH).

Bubur lambuk tersebut secara terang-terangan diedar kepada jemaah masjid oleh Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan jentera pilihan raya PH.

Ini bukan lagi ‘malu apa bossku’, tetapi ‘malu apa pengundi-pengundiku’.

Nampaknya tiada istilah serik bagi PH apabila ditegur mengenai pemberian atau hadiah sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Semenyih.

Semoga menjadi pengajaran dan perkara tidak berlanjutan pada PRK DUN Rantau tidak lama lagi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.