“Kamu Agama Kamu, Saya Agama Saya, Apa Kamu Dapat Hina Agama Lain” – KP Johor

KULAI – Polis Johor menasihati pengguna media sosial supaya lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran membabitkan isu sensitif terutama membabitkan agama di negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. berkata, tindakan tidak bermoral sesetengah pengguna media yang bertindak demikian boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Saya nak nasihatkan mereka yang menghina agama lain dalam media sosial, apa yang kamu dapat? Kita hidup dalam satu negara berbilang bangsa dan agama, tidak perlu komen antara satu sama lain. Kamu agama kamu, saya agama saya, kita buat cara masing-masing.

“Toleransi antara agama ini memerlukan kematangan fikiran, jadi kenapa perlu kita membuat komen negatif hingga mencetuskan ketegangan dalam sebuah negara yang aman,” katanya kepada pemberita selepas Pra Pelancaran Program Hari Bertemu Pelanggan Mega PDRM Johor di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan dua individu yang ditahan kerana membuat hantaran menghina Nabi Muhammad SAW. – UTUSAN

One thought on ““Kamu Agama Kamu, Saya Agama Saya, Apa Kamu Dapat Hina Agama Lain” – KP Johor

  • April 12, 2019 at 11:37 am
    Permalink

    Amat setuju dengan ketegasan Pihak Pllis dalam memastikan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.