Cek dan Nombor Akaun Yang Didedahkan Clare Tak Wujud – Nasruddin

KUALA LUMPUR – Akaun Bank Islam yang didedahkan Clare Rewcastle-Brown iaitu  sumber wang berjumlah RM1.4 juta yang dipindahkan ke akaun peguam Editor Sarawak Report itu didakwa tidak wujud.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, ada dalam kalangan kawan-kawanya telah menyemak nombor akaun yang ditularkan oleh Clare.

“Kelmarin ditularkan gambar cek dan no akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta. Ada kawan-kawan cek no akaun yang ditular itu dengan cuba transfer duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud.

“Begini lah, cuba try test hantar RM5 atau RM10 atau RM100 ke akaun ini :

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

No Acc : 14023010000885

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

“Insyaallah mesti lepas punya. Ini akaun yang ori. So kalau kawan-kawan nak try masuk lebih pun dialu-alukan. Tidak perlu was-was, memang masuk dan Insyaallah dapat pahala infaq ke jamaah Islam,” katanya di laman Facebook.Di akhir hantarannya itu,

Nasruddin turut memuatnaik tanda pagar #tolakakaunpalsu #tolaksijilpalsu #tolakjanjipalsu

Clare malam tadi mendedahkan salinan dokumen-dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia bagi membuktikan bahawa Pas telah membayar beliau sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah.

Cubaan untuk memindahkan RM10 ke nombor akaun yang ditularkan oleh Editor Sarawak Report itu juga tidak berjaya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.