Harga Pasu Pecah Rekod, Cecah RM4.4 Juta

Pasu ini nampak biasa sahaja namun tahukah anda ia telah dijual pada harga RM4.4 juta pada satu acara lelongan di Birmingham, selepas pasu terbabit berjaya menarik perhatian pembida seluruh dunia.

 

Ia jauh melangkaui harga panduan iaitu RM9,900. Pasu China itu yang dilukis gambar bunga lotus, telah berjaya memecah rekod.

 

“Bidaan bermula pada harga RM551. Disebabkan ketika itu terdapat pembida melalui telefon serta beratus-ratus pembida menerusi dalam talian, harga terakhir yang dijual itu dilihat sebagai mustahil,” kata seorang pakar, Mark Huddleston.

 

Malah seorang pembida sanggup terbang dari Jepun semata-mata untuk memilikinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.