Tun Mahathir Jumpa Kit Siang Untuk Jatuhkan Najib

Kuala Lumpur – Tun Mahathir Mohamad mengadakan rundingan dengan Lim Kit Siang yang dilihat sebagai cubaan mantan perdana menteri itu untuk mencari kesepakatan dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Lim mengesahkan pertemuan itu yang dipercayai berlangsung semalam sebelum Mahathir mengumumkan beliau keluar untuk kali kedua daripada Umno.

 

Dalam perkembangan berkaitan hari ini, Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti pembangkang atau menubuhkan parti baru.

 

Bagaimanapun, Lim menyifatkan pertemuannya dengan Mahathir sebagai “positif’ dalam merungkai kemelut politik negara namun enggan menghurai lanjut hasil perjumpaan itu.

 

“Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan Mahathir mengenai keadaan negara,” kata Lim.

 

Lim sekali lagi menegaskan usaha DAP adalah tertumpu kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan bukan setakat menjatuhkan Najib.

 

Pendirian itu dilihat bertentangan dengan agenda Mahathir iaitu hanya menggulingkan Najib.

 

Semalam, Mahathir berkata beliau dan isteri keluar daripada Umno kerana tidak sehaluan dengan Najib. Beliau juga mahu gerakan merentasi politik kepartian dilancar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

 

Bagaimanapun tindakan Mahathir itu di lihat sebagai satu lagi cubaan untuk memecah-belahkan Umno namun tidak akan berjaya.

 

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa keputusan Mahathir itu hanya langkah strategik untuk menjatuhkan Najib namun yakin Umno tetap utuh menyokong Perdana Menteri.

 

Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Lim agak mengejutkan apabila mengambil kira Lim adalah pengkritik utama Mahathir semasa beliau menerajui Umno dan negara selama 22 tahun.

 

Sebelum ini, Lim kerap merujuk Mahathir sebagai dikator yang menyalah guna kuasa manakala Mahathir melihat DAP pari chauvinis dan Lim sebagai pemimpin yang tamak kuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.