Yatt Hamzah: ‘Doakan Saya & Suami’

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja dunia seni hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan pengacara, Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, baru-baru ini.

 

Yatt ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp memberitahu, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu sementelah sibuk dengan misinya membantu rakyat Syria untuk bantuan musim sejuk bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mapim di negara berkenaan.

 

Bagaimanapun Yatt sempat berpesan supaya mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga di dunia dan akhirat.

 

“Doa adalah senjata mukmin, saya perlukan kekuatan doa daripada anda semua. Tunggulah masa yang sesuai untuk diumumkan. Sekarang semuanya masih belum pasti.

 

“Tiada jawapan pun lagi dan tak ada apa yang boleh diberitahu. Yang pasti ALLAH SWT maha tahu apa yang manusia tak tahu,” jelas pelakon berusia 35 tahun ini.

 

Dalam pada itu, Yatt memberitahu, dia mempunyai amanah lebih besar untuk digalas sekarang dan hanya akan respons mengenai perkara itu nanti.

 

“Apa pun, doakan saya jadi pemenang amanah yang amanah,” katanya ibu kepada Suci Hanania Malika ini.

 

Yatt telah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib pada 29 Mac 2009. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.