Wanita Maut Dikelar

Seorang wanita ditemukan mati dikelar dengan tubuhnya dibaluti kain selimut tanpa pakaian kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kampung Batu Papan di sini kira-kira pukul 2.40 pagi ini.

 

Yashmin Fauzi, 26, ditemukan terbaring di atas jalan berhampiran kediamannya itu oleh suaminya, Mohd. Azrul Isahak, 30, yang merupakan seorang anggota polis simpanan.

 

Mangsa dipercayai dikelar di tengkuk dan di tapak tangan.

 

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tinggal bersama tiga anak lelakinya yang berumur lima bulan, lima dan enam tahun.

 

Menurut Mohd. Azrul, isterinya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar.

 

“Saya percaya dia cuba melarikan diri dan meminta pertolongan daripada jiran sebelum rebah.

 

“Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi di Hospital Gua Musang selepas menerima rawatan, “ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.