Video: Pengantin Perempuan Main Saksofon Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Berkompang ketika kenduri perkahwinan merupakan satu kebiasaan dalam masyarakat Melayu bagi menyerikan lagi majlis tetapi lain pula bagi pasangan Zuhaili Hamzah dan Nur Liza yang memilih saksofon sebagai penyeri majlis.

 

Lebih menyerikan lagi majlis apabila saksofon itu dimainkan sendiri oleh pengantin perempuan.

 

 

Menerusi video berdurasi 4 minit 23 saat itu, bakat yang dimiliki Nur Liza tidak dapat disangkal lagi apabila dia mendendangkan lagu Datuk Siti Nurhaliza, berjudul Jerat Percintaan.

 

Pengguna laman mikro memuji bakat pengantin perempuan itu kerana mempunyai nafas panjang dan berjaya menghasilkan bunyi merdu yang boleh membuatkan pendengar bersama-sama menjiwai alunan lagu.

 

Rata-rata pengguna laman siber beranggapan persembahan yang dipamerkan oleh Nur Liza sebagai sesuatu yang unik dalam kenduri perkahwinan dan tidak semua orang mempunyai bakat sepertinya.

 

Difahamkan pengantin perempuan itu merupakan anggota pancaragam RELA Malaysia yang sering membuat persempahan di majlis-majlis keramaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.