United Gah Benam Sunderland

London – United berjaya merampas kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris, sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam setelah berjaya membenam cabaran Sunderland, 2-0 di Old Trafford, semalam.

 

United, yang dibantu dengan dua gol jaringan penyerang prolifiknya, Wayne Rooney bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-66 untuk memecah kebuntuan gol pada separuh masa pertama.

 

Rooney tidak mensia-siakan peluang apabila dianugerahkan sepakan penalti apabila penyerang United, Radamel Falcao dijatuhkan pertahanan Sunderland, John O’shea dalam kotak penalti.

 

Berjaya menamatkan kemarau jaringan daripada lapan perlawanan, Rooney sekali lagi bergaya menanduk masuk untuk gol kedua peribadi dan untuk pasukannya pada minit ke-84, sekaligus mengesahkan kemenangan United di tempat sendiri.

 

Sementara itu, pencabar United untuk kekal sekurang-kurangnya di empat teratas, Southampton terus dilanda kekecewaan apabila tewas kepada West Brom 1-0 di gelanggang lawan hasil jaringan tunggal Saido Berahino.

 

Belum menang dalam 12 perlawanan sebelum ini, Aston Villa terus derita apabila ditundukkan Newcastle United 0-1 hasil jaringan Papiss Cisse di St James Park.

 

Swansea City melonjak ke tangga kelapan selepas menang tipis 1-0 ke atas Burnley manakala Peter Crouch membantu kemenangan Stoke City apabila menjaringkan satu gol untuk menang 1-0 mengatasi Hull City.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.