Najib Razak, Jho Low Mangsa Kenyataan Palsu

Ketinggalan, gangguan, maklumat yang tidak tepat dan berat sebelah dalam industri media menyebabkan kesukaran kepada rakyat Malaysia mendapatkan pandangan mengenai pelbagai isu yang memberi kesan kepada budaya, ekonomi dan politik negara.

 

Mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh tentu tahu bahawa kawalan media dan pengaruh adalah penting.

 

Media yang bebas penting bagi memastikan demokrasi berfungsi namun sekatan kepada kebebasan media membuka jalan kepada manipulasi serta sekatan pandangan, perkara ini akan melemahkan sifat demokrasi itu sendiri.

 

Sebelum ini, seorang penulis laman blog tanpa nama itu mengemukan bukti palsu sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap hartawan media Tong Kooi Ong yang juga pemilik The Edge dan The Malaysia Insider.

 

Blogger tersebut mendakwa Kooi Ong melakukan pintasan mata wang dan menggunakan empayar medianya untuk memanipulasi sentimen perniagaan.

 

Bukti tersebut didedahkan dalam bentuk ‘screen shot’ sistem pesanan ringkas (SMS) yang direka khas oleh profesional yang juga SMS sama yang digunakan untuk mendedahkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya, namun mahkamah menjelaskan SMS tersebut adalah palsu.

 

Pakar industri berpendapat adalah mustahil untuk memanipulasi mata wang dengan pelaburan kecil dan dengan spekulasi tersebut ianya seolah-olah mahu menjatuhkan kreadibiliti dan penerbitan hartawan media itu.

 

The New York Times sebelum ini mendedahkan hubungan baik di antara ahli perniagaan terkemuka dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

 

Artikel 6000 patah perkataan itu diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin mendedahkan pembelian tanah oleh warga asing di New York dan dakwaan itu senyap apabila pendedahan berhubung perbelanjaan mewah isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor serta dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam dari Perancis pada 2002 didedahkan.

 

Sarawak Report mendedahkan ada penerbitan dalam talian yang berpengkalan di United Kingdom tapi memberi fokus kepada isu di Malaysia mendakwa ada pihak yang dinamakan memperoleh perjanjian rahsia membuktikan bahawa 1MDB melabur AS$1 bilion kepada 1MDB PetroSaudi.

 

Wang itu kemudian digunakan untuk membayar AS$700 juta pinjaman kepada syarikat induk PetroSaudi International (PSI) dan dengan itu meninggalkan hanya AS$300 juta untuk melabur dan dikatakan sebagai kerja tipu.

 

Pakar industri berpendapat adalah sesuatu perkara biasa kepada pemegang saham untuk membiayai syarikat menerusi gabungan hutang dan ekuiti apabila memperolehi aset.

 

Dalam kes ini 1MDB memasukkan US$1 bilion di mana AS$300 juta adalah tunai baru bagi usaha sama itu manakala AS$700 juta telah dibayar kepada sebuah syarikat PetroSaudi sebagai sebahagian daripada perjanjian yang telah digunakan untuk pembayaran balik pendahuluan hutang sebelum ini disediakan oleh PetroSaudi yang juga menyuntik aset bernilai AS$1.5 bilion selepas ditolak pendahuluan pinjaman.

 

Akaun yang telah diaudit 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014 menyatakan pelaburan yang telah keluar secara usaha sama dengan PetroSaudi.

 

Menurut akaun teraudit dana dan penyata yang berikutnya, ia telah menerima AS$2.3 bilion dalam bentuk wang tunai dan membuat keuntungan sebanyak US$488 juta.

 

Akaun yang telah diaudit berfungsi sebagai bukti fakta berbanding dengan kenyataan bermotifkan politik yang dibuat oleh pelbagai pihak.

 

Sarawak Report juga mendakwa emel 1MDB dibersihkan dengan segaja tanpa meninggalkan bukti.

 

Dari dakwaan palsu bahawa Tong Kooi Ong menjalankan kesukaran untuk memanipulasi mata wang sehingga dakwaan 1MDB dan PetroSaudi emel yang diedarkan kepada pelbagai media termasuk The Rakyat Post.

 

Emel palsu tersebut dikongsikan dengan media utama termasuk The Sunday Times dan The Post dalam usaha untuk menyerang Jho Low dan Najib berhubung pelabuan dalam PetroSaudi.

 

Media dari negara luar termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia kini digunakan sebagai alat untuk menyerang kreadibiliti individu, ahli politik dan parti politik.

 

Politik Malaysia berada di kemuncaknya dan pelbagai taktik kotor, pembohongan dan kenyataan yang palsu akan didedahkan pada peringkat global. – Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.