Mahkamah Dapati Guru Agama Bersalah Bunuh Pelajar, Dihukum Mati

Seorang guru agama dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajarnya empat tahun lepas.

 

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Hanif Mohd Ali, 31, pada akhir kes pembelaan.

 

Dalam penghakimannya, beliau berkata tertuduh didapati telah menyebabkan tekanan pada leher mangsa sehingga menyebabkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak mangsa dan menyebabkan kecederaan terhadap organ mangsa.

 

Katanya, sewaktu kejadian, hanya tertuduh berada bersama-sama dengan mangsa yang pada masa kejadian hanya berumur tujuh tahun.

 

Menurutnya, perbuatan dilakukan itu boleh menyebabkan kematian dan pihak pendakwa raya berjaya membuktikan perbuatan tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati bagi sabitan membunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.