Lelaki Dipancung Kerana Membunuh

Riyadh – Jumlah pesalah yang menjalani hukuman mati di Arab Saudi meningkat kepada 35 orang, pada tahun ini.

 

Terbaru, seorang tertuduh yang didapati bersalah, kerana menembak mati seorang lelaki, dipancung pada Ahad.

 

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, Mahdi Khalaf al-Shamrani didapati bersalah, kerana membunuh Saeed Msaed al-Aklabi, susulan satu pertikaian tanah.

 

Agensi berita SPA yang memetik kenyataan dikeluarkan kementerian itu berkata, pesalah itu menjalani hukuman mati di Bandar Abha, barat daya Arab Saudi.

 

Mereka yang didapati bersalah kerana merogol, mengedar dadah, membunuh, murtad dan melakukan rompakan bersenjata akan dijatuhkan hukuman mati di bawah undang-undang syariah ketat Arab Saudi.

 

Amnesty International dalam laporan tahunannya yang dikeluarkan pada Rabu lalu mendakwa, hukuman mati itu selalunya dilaksanakan selepas “perbicaraan tidak adil”.

 

Agensi pemerhati yang berpangkalan di London itu berkata, sesetengah tertuduh mendakwa mereka didera, diugut atau ditipu untuk membuat pengakuan palsu, sebelum perbicaraan bermula.

 

Mengikut statistik AFP, seramai 87 pesalah dihukum mati tahun lalu, berbanding 78 orang pada 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.