Kumpulan Iklim Bergabung Gegar Muar

Kuala Lumpur – Kumpulan rock yang popular tahun 1990 an, Iklim kini kembali bergabung selepas 11 tahun menyepi dalam industri muzik tanahair.

 

Gabungan buat pertama kali ini akan dapat melepaskan kerinduan peminat kumpulan otai rock yang pernah popular dengan lagu Suci Dalam Debu ini.

 

Mstar melaporkan, kumpulan tersebut akan mengadakan konsert di Marina Bay, Muar, Johor pada 7 Mac depan.

 

Pemain gitarnya, Umarul berkata, konsert tersebut diadakan bagi mengubatin kerinduan peminat yang mahu melihat mereka beraksi di atas pentas.

 

Menurutnya, walaupun ada di kalangan anggota mempunyai pekerjaan lain, namun mereka mampu untuk membahagikan masa untuk mengadakan konsert itu.

 

“Kami rindukan peminat dulu yang sentiasa menyokong kami dan percaya mereka kini juga sudah mempunyai keluarga dan anak seperi kami.

 

“Kami tidak sabar untuk mengadakan persembahan terbaik pada konserti itu dan mahu melihat reaksi anak muda hari ini, sama ada mereka masih boleh menerima rock daripada kami atau sebaliknya,” katanya.

 

Menurutnya, ahli kumpulan Iklim kini sudah mempunyai keluarga masing-masing dan tinggal jauh dari Kuala Lumpur.

 

Katanya, kerana sayang dengan kumpulan tersebut, semua ahlinya berjanji untuk membahagikan masa sebaiknya dengan nyanyian, pekerjaan dan keluarga.

 

Konsert Iklim yang diadakan di Marina Bay pada 7 Mac nanti pada pukul 8.30 malam.

 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert berharga RM50.00 ini boleh mengunjungi kaunter yang dibuka setiap hari di Marina Bay Muar, Johor.

 

Jika ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 012-7991428 atau 012-7991638.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.