Hubungan Juliana, Sona One Masih Rahsia

Kuala LUmpur – Setelah beberapa bulan aktres campuran Melayu-Inggeris, Juliana Evans kembali ke tanah air, timbul khabar angin yang mengatakan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, Sona One.

 

Melalui beberapa siri gambar mereka di laman Instagram, kelihatan mereka mungkin ada menyembunyikan sesuatu atau mungkin juga hanya bergurau atas dasar kawan baik.

 

Melalui akaun Instagram Marina Juki, terdapat satu jawapan daripada Juliana sendiri seperti mengiyakan usikan rakannya itu yang menyatakan Juliana dan Sona One sedang bercinta.

 

Malah, rakan selebriti yang lain juga bagaikan meraikan pasangan ini apabila pelakon ini memuatnaik gambar yang sama di akaun Instagram miliknya.

 

Selain itu, terdapat kenyataan seorang peminat hiburan di Forum Cari yang mendakwa pernah terbaca mengenai pengakuan Sona One terhadap Juliana Evans.

 

Menerusi komen di Instagram, memang ramai yang mengatakan pasangan ini memang secocok dan dilihat seperti ‘urban couple’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.