Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan

Dua lelaki terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 319.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, nahas pada pukul 9 malam itu mengorbankan, Ahmad Shamimi Aliash, 25, dan rakannya, Marwan Zurin Zulkifli, 22.

 

Katanya, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.- Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.