BN Usah Mimpi Nak Tawan Selangor – Zin

Kuala Lumpur – “Usah mimpilah Barisan Nasional (BN) nak tawan Selangor balik kalau harapkan UMNO sahaja yang bekerja keras sedangkan parti komponen lain tak membantu!

 

“Memang berat nak cakap tetapi itulah hakikat yang perlu diberi penekanan jika BN mahu mendapatkan semula Selangor dan negeri-negeri lain yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke 14 nanti,” kata bekas Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, lapor MalaysiaGazette.

 

Contoh paling baik, kata Mohd Zin, adalah pilihan raya kecil Kajang apabila BN meletakkan calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

 

“Mei Fun bukan calang-calang orang. Dia merupakan Naib Presiden MCA dan pernah duduk dalam kabinet menteri selain memegang jawatan penting dalam beberapa pertubuhan masyarakat Cina.

 

“BN dah letak calon yang tepat tapi disebabkan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan tak buat kerja bersungguh-sungguh untuk pikat kaum Cina, maka kita pun bungkuslah di Kajang.

 

“Cuba lihat undi di kawasan Melayu yang kita dapat. Tak ada satu pun yang kita kalah tetapi di kawasan Cina, BN kalah teruk. Sebab apa? Tak payahlah saya bagi jawapan,” katanya.

 

Bukan hendak mencari keburukan sesiapa tetapi kata bekas Menteri Kerja Raya ini, untuk mendapatkan kemenangan tidak boleh diletakkan di atas bahu parti UMNO sahaja.

 

“Ada pula yang kata Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mesti diganti dengan orang lain jika BN hendak tawan Selangor. Semua ni merepeklah sebab isu kekalahan bukan Noh Omar.

 

“Letaklah sepuluh orang Noh Omar sekali pun, kalau kerjasama dengan parti komponen BN tak dapat disepakatkan sepenuhnya, semuanya akan balik kepada asal iatu jangan mimpilah nak tawan Selangor,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.