7 Amanat Untuk Bangsa Melayu Melangkah Maju, Berdikari

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil. Najib menggariskan 7 amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil. Najib menggariskan 7 amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

 

Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

 

Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

 

Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.

 

Najib menegaskan jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.

 

Berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di hadapan ribuan hadirin di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini, beliau berkata: “Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.

 

“Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila,” katanya.

 

Perhimpunan itu turut dimuatkan dengan acara Pelancaran Agenda-Agenda Besar Abad Ke-21, Upacara Menandatangani Waad Melayu Abad Ke-21, Mandat Pemimpin Melayu dan Pelancaran Sekretariat Tetap Gerakan Renaisans Melayu.

 

Seorang peserta, Musa Basirah, 61, berkata beliau sudah lama menantikan acara seumpama itu diadakan kerana menyedari hakikat perpaduan bangsa yang perlu diperkuat dan disulami semangat jati diri yang tinggi.

 

Musa yang tiba dari Slim River, Perak, berkata beliau dan rakan-rakan bertolak seawal jam 12 tengah hari untuk sama-sama melihat bangsa Melayu dari seluruh negara berhimpun dan bersatu di bawah satu bumbung.

 

“Perhimpunan seperti ini perlu terus diadakan pada masa akan datang bagi memastikan semangat bangsa Melayu tidak pudar terutama dalam kalangan generasi muda,” tegasnya.

 

Ramlah Shaari, 55, dari Bagan Serai, Perak, berkata beliau bangga melihat bangsa Melayu berhimpun dalam satu barisan ketika mereka berdepan dengan pelbagai cabaran.

 

“Program ini diharap memberi kesedaran kepada generasi muda dan membuka minda orang kampung seperti saya yang mungkin ada kalanya terlupa untuk sentiasa menggilap semangat dan perpaduan orang Melayu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.