1 Bilion Manusia Bakal Jadi Pekak

Kuala Lumpur – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih satu bilion penduduk dunia berisiko hilang deria pendengaran secara kekal atau pekak jika mendengar muzik pada kadar bunyi yang kuat menggunakan fon telinga.

 

Kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati hampir separuh daripada penduduk negara-negara maju yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 35 tahun paling terdedah kepada risiko itu.

 

Trend menggunakan fon telinga oleh anak muda Malaysia menyebabkan mereka menjadi golongan paling berisiko mengalami masalah pendengaran.

 

Pengarah Jabatan Pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit, Hilang Upaya, Keganasan dan Pencegahan Kecederaan WHO, Dr. Etienne Krug berkata, had maksimum bunyi bagi sebuah peranti audio atau fon telinga ialah 105 desibel (dB).

 

Jelasnya, had atau kadar selamat seseorang boleh mendengar bunyi pada skala itu ialah selama empat minit sahaja.

 

Kajian menunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah 85 dB untuk tempoh lapan jam sehari.

 

Selain itu, Krug berkata, mendengar bunyi daripada sumber lain seperti peralatan muzik vuvuzela, siren ambulans, hon kenderaan atau konsert muzik rock juga mendorong seseorang menjadi pekak dengan mudah. – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.