Nafi Sering ‘Bergaduh’, Menteri Dakwa Hanya Salah Faham Sama Sendiri

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku dalam kalangan jemaah menteri hanyalah salah faham dan bukannya mereka bergaduh.

Bercakap kepada Sinar Harian, Salahuddin menepis dakwaan atau rumusan bahawa menteri-menteri ‘bergaduh’sambil melahirkan rasa bimbang kemungkinan tajuk berita dimanipulasi.

Media baru-baru ini melaporkan nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin supaya anggota Kabinet tidak ‘bergaduh’ secara terbuka.

Katanya, jika pun ada salah faham, semua menteri akur apabila sesuatu keputusan itu dimuktamadkan oleh Kabinet.

Menurut Salahuddin, menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan sentiasa terbuka menerima teguran dan pandangan bagi mengelak timbulnya sindrom penafian.

Kelmarin Daim menasihati para menteri supaya tidak ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka kerana boleh menimbulkan rasa muak dalam kalangan rakyat. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.