Malaysia Bayar RM45 Juta Kepada Singapura, Kos Tangguh Projek Kereta Api Laju

SINGAPURA — Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah “mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik” mengenai pembayaran itu.

Pada 5 September 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei 2020.

Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (RM45 juta) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Januari 2019.

Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.

Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Januari 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Disember 2026. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.