Giroud Dilepaskan Kerana Aubameyang?

Oleh: suzein yana

Laporan terbaru dari Emirates penyerang Perancis Olivier Giroud bakal bersetuju berpindah ke Chelsea dengan harga STG18 juta (RM99.34 juta).

Dengan berbekalkan penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang pengurus Gunners Arsene Wenger sedia melepaskan Giroud tetapi masih menyenaraikan pemain itu sebagai pemain simpanan di Stadium Liberty.

Chelsea sudah lama ingin mendapatkan Giroud sebelum tamat tempoh jendela perpindahan dengan penyerang Blues, Michy Batshuayi berkemungkinan menuju Borussia.

Kedatangan Aubameyang di saat akhir sudah dijangka kerana Gunners mahu mendapatkan terlebih dahulu pengganti sebelum melepaskan Giroud.

Laporan menyatakan kelab utara London itu membayar STG55 juta (RM303.55 juta) sekali gus memecahkan rekod perpindahan buat kali kedua dalam masa enam bulan selepas membeli Alexandre Lacazette dari Lyon.

Walapun Dortmund berminat mendapatkan Giroud namun Chelsea lebih menunjukkan kesungguhan membeli pemain berusia 31 tahun itu.

Giroud hanya beraksi dalam satu perlawanan liga akhirnya terdesak mencari pasukan baru bagi memastikan kedudukan dalam skuad Piala Dunia Perancis terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.