Pelita Nasi Kandar Nafi Restoran Tidak Halal

BUTTERWORTH – Rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) nafi dakwaan restoran itu tidak halal dan dimiliki orang bukan Islam.

 

Terdahulu, dakwaan itu menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.

 

Memetik laporan sebuah portal, Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D Murugan berkata beliau kecewa dengan pihak yang memfitnah restoran berkenaan sedangkan 25 cawangannya mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

 

“Pembabitan saya selaku bukan beragama Islam dalam perniagaan Pelita ini menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

 

“Sehingga ada yang mempersoalkan sama ada seorang beragama Hindu boleh berkongsi perniagaan dengan yang beragama Islam,” katanya.

 

Ekoran itu beliau mendapatkan penjelasan daripada seorang pendakwah bebas terkenal yang menasihatinya tidak timbul isu atau masalah jika penganut beragama lain menjadi rakan kongsi orang Islam.

 

Katanya, isu restoran itu tidak halal menjadi tular sejak 2012 serta berlarutan sehingga kini selepas Pelita mengumumkan pembukaan cawangan baharu di Arab Saudi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.