Obama Sokong Bantahan Terhadap Trump

AMERIKA SYARIKAT – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sokong bantahan terhadap Presiden Donald Trump berhubung perintah eksekutif larangan perjalanan sementara terhadap rakyat tujuh negara.

 

AFP melaporkan, ia merupakan kenyataan pertama Obama kepada umum sejak meninggalkan White House pada 20 Januari.

 

Menurut jurucakapnya, Kevin Lewis, Obama tidak bersetuju dengan diskriminasi Trump terhadap individu mahupun negara.

 

Beliau juga menolak dakwaan Trump bahawa dasarnya sama dengan apa yang dilakukan Obama pada tahun 2011, apabila mengharamkan visa untuk pelarian dari Iraq selama enam bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.