Biar Rakyat Pilih Siapa Paling Layak Jadi Presiden FAM, Kata TMJ

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkata seharusnya rakyat diberi kuasa mengundi untuk memilih individu yang layak menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 

Memetik kenyataan beliau di laman Facebook, TMJ menjelaskan untuk merealisasikan cadangan tersebut maka perlembagaan FAM perlu ditukar.

 

“Mungkin sesiapa sahaja yang jadi Presiden FAM, kita patut tukar perlembagaan FAM kepada yang baru, iaitu berikan rakyat kuasa untuk mengundi.

 

“Rakyat yang buat keputusan siapa yang paling layak menjadi Presiden FAM. Undian dari badan gabungan dan penyokong perlu ada,” katanya.

 

Katanya lagi, bola sepak ini adalah hak milik rakyat, sesiapa yang berkhidmat untuk bola sepak adalah untuk melakukan kebaikan demi pasukan kebangsaan, integriti dan kualiti liga tempatan.

 

Justeru itu ujarnya, ia perlu melibatkan penyokong-penyokong untuk bersama-sama dengan persatuan atau kelab bagi membangunkan bola sepak Malaysia. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.