Netizen Kecam Lelaki Tidak Ikut Peraturan ‘Parking’

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikecam netizen apabila memuat naik status tidak puas hati dengan sekuriti apabila menghalangnya untuk memasuki ruangan tempat letak kereta bahagian perempuan.

 

Lelaki yang menggunakan akaun Peter Cheng itu kononnya ingin viralkan kejadian itu di laman facebook, malangnya dia telah dikecam teruk akibat dari tindakan dan sikapnya yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan pusat membeli belah terkenal, KLCC.

 

Difahamkan, sebahagian pusat membeli belah juga mempunyai kemudahan tempat letak kereta kepada wanita.

 

Sementara itu, Peter dikatakan deaktifkan laman sosialnya selepas menerima kritikan daripada netizen yang juga mengecam tindakan biadapnya memarahi sekuriti dan menyifatkan  wang pembeliannya di pusat membeli belah itu sebagai menutup kesalahan yang dilakukan.

 

Seorang daripada Netizen, Liew Huey Ling menulis, “Pandu super bike cantik, kereta cantik, tapi perangai macam sial,”katanya.

 

Dee Said pula berkata, “Ladies parking….understoodla…,”tulisnya.

 

“Manusia ni ada macam-macam jenis. Ada yang bangang tahap gaban. Ladies parking. Kau tu male. Tak faham jugak. Baik kau pergi sunat,” tulis Mohd Fauzi.

 

Seorang lagi netizen, Yeow Chet turut menulis, “Lelaki ni tak tahu apa maksud parking untuk wanita…tak tahu malu,”katanya.

 

All media X Park Rangers menulis, “Sekuriti itu buat kerja dia. Angkat ibu jari dan hormat pada dia. jika ibu atau adik beradik perempuan awak bekerja sepertinya adakah awak berani menjerit kepadanya?,” tulisnya-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.