MetMalaysia Nafi Suhu Sejuk Akan Landa Perak, Kelantan

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang bulan ini.

 

Memetik kenyataan Jabatan itu, petang ini menyatakan suhu bagi Malaysia yang beriklim tropika secara amnya antara 22 darjah Celsius pada sebelah pagi, manakala 35 darjah Celcius pada lewat petang.

 

“Secara amnya suhu minimun bulan Januari 2016 didapati lebih panas dan biasa antara 1 darjah celcius ke dua darjah celcius, malah suhu terendah bulan Januari 2016 lebih tinggi daripada rekod suhu terendah jangka panjang bagi Januari.

 

“MetMalaysia menjangkakan keadaan yang sama akan berlarutan sehingga bulan Jun 2016. Sehubungan dengan itu suhu minimun dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celcius sepanjang bulan Februari 2016 seperti yang dilaporkan. MetMalaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” petik kenytaan jabatan itu.

 

Kenyataan itu turut menyebut yang peningkatan suhu ini adalah selari dengan jangkaan awal apabila kesan El Nino menyebabkan peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 darjah celcius.

 

Menerusi laman web rasmi jabatan itu iaitu www.met.gov.my, orang ramai diingatkan untuk tidak mendapatkan maklumat di laman sosial Facebook (FB) lain, selain daripada laman rasmi mereka iaitu www.facebook.com/malaysiamet.

 

Terdahulu sebuah akhbar  melaporkan bahawa penduduk di sekitar Perak dan Kelantan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di London. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.