Messi Bakal Bertemu Peminat Cilik Pakai Beg Plastik

Pemain Barcelona, Lionel Messi akan bertemu dengan peminat cilik yang menarik perhatian dunia selepas fotonya memakai jersi yang diperbuat dari plastik tertera nombor serta nama pemain itu.

 

Murtaza Ahmadi, 5 merupakan peminat yang tidak mempu membeli jersi dan hanya menyarungkan beg plastik.

 

Foto kanak-kanak yang berasal dari Afghanistan itu mula viral di media sosial sejak minggu lalu, dan ia mendorong satu kempen yang diadakan bagi menjejaki kanak-kanak itu.

 

Menurut sepupu kanak-kanak itu, Azim Ahmadi yang memuatnaik gambar peminat cilik itu berjaya menghubungi agen Messi bagi mengaturkan pertemuan kedua mereka.

 

Berita gembira apabila pesatuan bola sepak turut mengesahkan keinginan Messi bagi merealisasikan pertemuan tersebut.

 

“Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Afghan (AFF) telah menerima email dari Lionel Messi dan Barcelona berhubung pertemuan tersebut,” lapor Metro.uk.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.