EXCO Positif Kemelut Politik Kedah Segera Selesai

ALOR SETAR – Beberapa EXCO kerajaan negeri mengakui krisis politik di Kedah bakal berakhir dalam masa terdekat.

 

Tanpa menjelaskan penyelesaian dimaksudkan itu, mereka positif kemelut yang sudah berlautan dua minggu itu bakal menemui titik noktah.

 

Mereka yang ditemui di Istana Anak Bukit di sini pagi tadi, memaklumkan kemelut itu dijangka diselesaikan melalui perjumpaan bersama Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, sebentar lagi.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Nor Sabrina Mohd Nor, berkata isu membabitkan krisis kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sudah berada di penghujungnya, selain dijangka menemui jawapan dalam masa terdekat.

 

“Dah nak selesai dah… perjumpaan petang ini akan membincangkan mengenai perkara ini untuk mencari jalan penyelesaian… Insya-Allah,” katanya kepada pemberita.

 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah, pula meminta supaya tunggu dan lihat kerana ia bakal berakhir.

 

“Tunggu dan lihat… Insya-Allah nak selesai dalam masa terdekat ini,” katanya yang dijangka menyertai perjumpaan itu. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.