Ahli Jemaah Pemangku Sultan Perkenan MB Baru

ALOR SETAR: Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md hanifah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

 

Pemilihan beliau telah mendapat suara majoriti ADUN Negeri Kedah setelah melakukan pertemuan dengan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah petang tadi.

 

Dalam pertemuan petang tadi, ADUN masih mengekalkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sepertimana pendirian yang telah mereka nyatakan kepada Datuk Seri Najib dalam satu perjumpaan tertutup semalam yang dihadiri oleh 19 orang ADUN.

 

Difahamkan, Dato’ Seri Mukhriz telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pagi tadi dipercayai berkisar tentang pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah yang baru.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.