Ugut, Ancam Bunuh Ayob Khan Hanya Kerana Lepaskan Geram – KPN

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

Hospital Melaka Masih Mampu Beroperasi Walaupun 32 Kakitangan Positif COVID-

MELAKA - Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata...

Pharmaniaga Akan Bekal 12 Juta Dos Vaksin COVID-19 Kepada Kerajaan

SHAH ALAM, 26 Jan -- Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan susulan permeteraian satu perjanjian...

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

KUALA LUMPUR – Individu yang mengugut dan mengancam untuk membunuh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, hanya mengugut untuk melepaskan geram dan tidak lebih daripada itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Bagaimanapun beliau berkata, perbuatan berkenaan tetap menyalahi undang-undang kerana sebarang ugutan yang ditujukan kepada seseorang, merupakan satu kesalahan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menahan dan mendakwa mereka yang terlibat (mengugut seseorang). Oleh itu, saya menasihatkan Ayob Khan agar berjaga-jaga. Begitu juga dengan saya yang juga menerima ugutan bunuh,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata apa jua ancaman, beliau sedia untuk menghadapinya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Polis Johor sedang menyiasat kes ugutan bunuh ke atas Ayob Khan yang dipercayai melibatkan tiga ahli kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata vest pasukan polis peronda (MPV) yang baharu dengan keupayaan menahan kesan tikaman dan kalis peluru, adalah langkah PDRM dalam mengurangkan impak kecederaan kepada anggota.

“Selama ini, memang ada dibekalkan (vest) namun ia telah uzur dimamah usia, maka dengan vest-vest kalis peluru berteknologi baru ini, ia akan lebih ringan dan lebih baik. Jadi PDRM akan terus berusaha mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat pemerolehan.

“Bukan setakat vest kalis peluru sahaja, saya memohon petugas-petugas di bawah dibekalkan dengan kamera badan, pistol perenjat elektrik (tesser gun) supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan selamat dan cekap,” katanya.

Abdul Hamid berkata, beliau mahu mengurangkan kecederaan anggota yang melaksanakan sebarang tangkapan atau operasi.

“Saya mengalu-alukan apabila peruntukan diperoleh untuk membeli vest-vest baru ini. Maka penggunaannya ialah barisan hadapan iaitu peronda MPV, kerana mereka ini yang akan turun ke lapangan, tempat kejadian. Merekalah paling layak diutamakan dengan vest-vest.

“Setakat ini, ia masih dalam proses dan PDRM akan terus memohon dengan KDN untuk mengingatkan KDN bahawa PDRM amat memerlukannya,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

Hospital Melaka Masih Mampu Beroperasi Walaupun 32 Kakitangan Positif COVID-

MELAKA - Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata...