Pemuda UMNO Sarankan Zeti ‘Berehat’

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk berehat atau mengambil cuti dari jawatannya sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), kata Pemuda UMNO.

Ketuanya , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bekas Gabenor Bank Negara (BNM) itu perlu berbuat demikian sehingga siasatan berhubung beliau dan ahli keluarganya didakwa menerima sejumlah wang dari ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low berkaitan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Zeti wajar berehat atau mengambil ‘garden leave’ sementara siasatan dijalankan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta mengelakkan tercetusnya krisis keyakinan dan kepercayaan dalam pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberikan tumpuan khusus bagi menyiasat dakwaan berkenaan secara terperinci.

“Ia kerana pendedahan berkenaan membabitkan soal integriti dan kredibeliti individu yang memegang jawatan tertinggi dalam BNM, sebelum ini.

“Pemuda UMNO mahu pendedahan yang melibatkan soal integriti dalam kalangan penjawat jawatan tertinggi di institusi kewangan tertinggi di Malaysia diberikan perhatian serius dan diambil tindakan segera.

“Rakyat Malaysia pastinya mahukan kebenaran didedahkan dalam usaha kita membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan bahawa Pemuda UMNO sudah membuat laporan polis pada hari Rabu lalu mengenai penglibatan bekas Gabenor Bank Negara berkenaan yang disyaki terlibat dengan kes 1MDB.

Bagaimanapun, semalam, Zeti menafikan dakwaan bahawa ahli keluarganya dan dirinya menerima dana daripada (1MDB).

Spekulasi ini tercetus apabila Datuk Seri Najib Razak meminta Zeti tampil menjawab mengenai pendedahan dokumen yang mengaitkan dana RM100 juta yang diterima keluarganya dari Jho Low, Pada 29 Disember 2020.

“Saya harap Zeti akan tampil untuk menjawab pendedahan dokumen-dokumen semalam yang menuduh bahawa keluarga dia pernah terima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low.

“Ini termasuk dana yang berasal dari 1MDB dalam akaun-akaun bank mereka di Singapura,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat