Rakyat Rindukan Perkhidmatan UMNO

TANJONG KARANG – Meskipun kaunter sudah ditutup namun masih ramai ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Gunting Rambut Percuma anjuran Umno Bahagian Tanjong Karang.

Ketua puterinya, Salbiah Saari berkata, sambutan penduduk cukup menggalakkan sehingga menerima penyertaan lebih 100 kanak-kanak yang mahukan penampilan baharu bagi sesi persekolahan bermula esok.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH setelah tiada program berkhatan dan Back To School seperti dulu namun Puteri Umno Tanjong Karang kembali dengan program gunting rambut percuma.

“Ternyata, Umno dan rakyat berpisah tiada di Parlimen ini dan mereka rindukan ‘servis’ rakyat daripada kami,” katanya yang mengadakan program itu di pekarangan Pejabat Umno Bahagian Tanjong Karang.

Katanya, penyertaan program ini memang luar jangkaan kerana melibatkan seramai 130 kanak-kanak walaupun cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.