MB Kelantan Nafi Anak Ditahan

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, menafikan anaknya ditahan polis berhubung kes dadah seperti yang viral di WhatsApp dan media sosial.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud, berkata berita penangkapan itu hanya fitnah semata-mata dan meminta orang ramai khususnya rakyat Kelantan tidak mempercayainya.

“Sebaran berita itu adalah tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan maruah Menteri Besar Kelantan serta keluarganya.

“Pihak yang membuat sebaran palsu dan fitnah ini diminta kembali kepada ajaran Islam dan gerun kepada ancaman neraka kerana mencipta pembohongan untuk meraih sokongan politik serta menjatuhkan orang lain,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini

Terdahulu, berita mengenai anak Menteri Besar Kelantan ditahan kes dadah tersebar di laman sosial, lapor BH

Susulan berita berkenaan, ada yang memberi maklum balas ‘mendoakan’ urusan Ahmad dipermudahkan seperti menerima pertolongan daripada individu bernama Zahid.Mengulas lanjut, Mohd Asri meminta penyebar fitnah agar berhenti melakukan perbuatan keji dan bertaubat kepada Allah serta memohon maaf kepada Ahmad dan keluarganya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Superintendan Mit Emong ketika dihubungi turut menafikan berita penahanan anak Menteri Besar itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.